Secara menyeluruhnya, al-faqir tidak juga menyalahkan beliau atas serangannya ke atas kaum sufi dan tareqat kerana diluar sana memang terdapat beberapa kelakuan dari para-para penyeleweng yang mengaku kononnya dari kaum sufi dan tareqat (walhal hakikatnya tidak). Namun menilai dan mengukur kaum sufi dan tareqat keseluruhannya melalui perilaku dari golongan penyelewang adalah satu penilaian yang silap. Samalah seperti barat menilai keseluruhan umat Islam adalah pengganas melalui segelintir perilaku umat Islam yang jahil.Bagi yang telah termakan sogokan-sogokan Dr Asri ini, maka disini al-faqir telah menukilkan beberapa pandangan dan pujian Imam-Imam Mazhab terhadap kaum sufi dan tareqat. Semoga dengan tiadanya Dr Asri di Malaysia, pengaruh wahabi beransur kurang.
1. Imam Abu Hanifah RA (wafat 150H)
Seorang ahli fikir Hanafi, al-Hasfaki penulis kitab al-Durr al-Mukhtar telah mengutip : Bahawa Abu Ali ad-Daqqaq RA berkata " Saya telah mengambil tareqat ini dari Abu Al-Qasim an Nasr Abadi", beliau berkata "saya mengambilnya dari as-Syibili, dari as-Saqathi, dari Ma'ruf al-Kharjki, dari Daud ath-Tho'i dan beliau mengambil ilmu sekaligus tareqat dari Imam Abu Hanifah RA. Setiap dari mereka memuji da mengakui keutamaan Imam Abu HAnifah RA ".
Imam Abnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya tentang Imam Abu HAnifah RA " Beliau adalah seorang tokoh dalam bidang ini, kerana asas ilmu hakikat adalah ilmu, amal dan pembersihan jiwa, ulama salaf telah melukiskan demikian".
2. Imam Malik RA (wafat 179H)
Imam Malik RA berkata " Barangsiapa yang memahami feqah tanpa bertasawuf maka fasiq, dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa memahami feqah maka zindiq, dan barangsiapa yang menghimpunkan antara keduanya beerti dia telah merealisasikan kebenaran".
3. Imam Syafi'e RA (wafat 204H)
Berkata Imam Syafi'e " Aku cinta kepada dunia kalian itu(dunia sufi) tiga . Tidak berlebih-lebihan, bergaul dengan orang yang lemah lembut dan meneladani cara tokoh-tokoh tasawuf "
4. Imam Ahmad Bin Hambal RA (wafat 241H)
Imam Ahmad RA berkata tentang kaum sufi " Aku tidak mengetahui orang yang lebih utama dari mereka", lalu ditanyakan oleh mereka yang lain " Mereka itu melantunkan nasyid kemudian saling hanyut diri", Imam Ahmad menjawab " Biarkan mereka bergembira sesaat bersama Allah SWT".



