Jadual Pengajian di Madrasah Diniah Ahmadiah (Klik pada item untuk maklumat lanjut)

2.13.2009

Adab



tulisan ini saya tulis disebuah forum dan saya telah edit sedikit bersesuaian dengan blog.

Soalan : Apakah boleh kita nisbahkan seluruh perlakuan ini perbuatan Allah?


Jika kita telusuri setiap perkataan nabi didalam sirah, hadis mahupun dari pada Kalam Allah iaitu Al Quran kita akan dapati bahawa banyak perbuatan nabi yang nabi nisbahkan keatas dirinya bukan keatas Allah.Bukan sahaja nabi Muhammad saw, malah seluruh nabi2 bersikap dengan sikap demikian.Antara contohnya ialah Allah berfirman kepada Nabi dengan pesanan "katakanlah (muhammad): Hai Manusia, Aku hanyalah pemberi peringatan yang nyata kepada kamu". Jika kita soal balik, kenapa Allah menyuruh nabi mengaku yang ianya hanya pemberi peringatan. Tidak pula Allah menyuruh nabi berkata yang hanya Allah yang memberi peringatan.

Dalam sirah pula sewaktu nabi berdakwah ke taif dan dakwah nabi ditolak lalu nabi berdoa dan mengadu kepada Allah "Ya Allah, sesungguhnya aku lemah dalam melaksanakan tugasku'. Pada ketika itu nabi sangat sedih lalu Allah menenangkan Nabi dengan pengislaman kaum Jin bagi meredakan kesedihan Nabi. Jika kita renung, kenapa nabi tidak redha sahaja dengan ketentuan Allah yang dakwahnya pada ketika itu ditolak? Kenapa nabi tidak ungkapkan seperti berikut " Ya Allah, engkau yang tidak mahu aku mengislamkan mereka". DAlam kisah Nabi yusuf pula kita mendapati Zulaikha pada taubatnya menyatakan "Jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya". Tidak pula zulaikha mengatakan "engkaulah Ya Allah yang menakdirkan aku menggodanya(yusuf)" .

Apakah nabi tidak makrifah?Apakah nabi tidak memahami yang kesemuanya itu adalah takdir dari Allah? Tentu tidak bukan. Nabi Muhd SAWlah orang yang paling memahami Allah dan orang yang paling terbaik dalam mempraktikkan adab dengan Allah.Nabi jugalah yang paling memahami firman ini " engkau Aku jadikan,perbuatan engkau juga aku jadikan".


Disini terdapat rahsia yang ditunjukkan Alah kepada kita dalam menyatakan adab terhadap Allah yang diajar oleh Allah kepada Nabi untuk kita ambil sebagai ikutan. Lihat bagaimana nabi merendahkan diri dihadrat Allah dengan menisbahkan segala kegagalan dan ketidakmampuan baginda dalam menlaksanakan tugasannya. Inilah adab yang hendak nabi tunjukkan dalam melaksanakan kehambaan sekaligus mentauhidkan Allah dengan cara yang benar. Dan jika kita perhatikan Al-Quran dengan teliti, setiap kali nabi merendahkan diri kehadrat Allah, Allah akan membalasnya dengan ganjaran. Contohnya dengan pengislaman kaum jin. Jika kita perhati lagi dengan teliti, peristiwa isra' mikraj baginda saw adalah rentetan dari ganjaran Allah terhadap nabi kerana kejayaan nabi dalam melalui 10 tahun kesedihan ( kematian ahli keluarganya secara berturut-turut disamping ujian Allah yang berat) dengan mempraktikkan adab terhadap Allah dengan menisbahkan segala yang berlaku dari ketidakmampuan baginda sendiri tanpa menisbahkannya kepada Allah.

Mari kita lihat satu lagi kisah yang lebih kurang sama tapi mendapat pembalasan yang berbeza yang dirakam di dalam AQ iaitu kisah keengganan iblis untuk sujud kepada Adam AS. Kita lihat apakah rahsia yang Allah ingin sampaikan kepada kita.

Kita semua mengetahui bahawa sebelum kejadian Nabi Adam As, iblis adalah dari kaum muqqarabbin iaitu kaum yang sangat hampir kepada Allah melebihi malaikat sebelum Nabi Adam AS dicipta.Malah iblis adalah ketua kaum muqqarabbin. Setelah Nabi Adam AS dicipta, Allah memerintahkan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam AS lalu iblis enggan. Allah berfirman kepada iblis " Apakah yang menghalang engkau untuk tidak sujud ketika Aku memerintahmu?". Lalu iblis menjawab "aku lebih baik darinya". Jawapan ini mengundang kemurkaan Allah dan dari kengganan inilah iblis melemparkan kata terhadap Allah iaitu " Engkaulah yang menyebabkan aku jadi begini" . lalu Allah menghalaunya dari syurga.Lihat bagaimana iblis mempraktikkan tauhid tanpa adab di hadrat Allah.

Dari satu sudut, kata2 iblis memang benar kerana ianya adalah perbuatan Allah selaras dengan firmanNya iaitu "engkau Aku jadikan, perbuatan engkau juga Aku jadikan". Tapi dari segi praktik adab dengan menisbahkan segala kekurangan atau segala keburukan itu adalah dari kuasa Allah adalah sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah walhal ianya benar lagi sahih dari sudut ketauhidan. kemudian perhatikan apakah ganjaran yang diperolehi oleh iblis yang mempraktikkan tauhid tanpa adab. Dari tempat tertinggi Allah memuliakannya kemudian ketempat paling rendah Allah melaknatnya.

Bandingkan bagaimana cara para2 nabi yang dikasihi Allah itu bertaqqarub dengan Allah. dan kemudian lihat bagaimana cara iblis yang dilaknat itu bertaqqarub dengan Allah. Kedua-duanya menganut tauhid yang sama tetapi cara perlaksanaan yang berbeza. perhatikan rahsia ini

0 Komen:

Catat Ulasan