Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam kerana dengan limpahan Ar-RahmanNya telah mengutuskan kepada kita satu Nur yang menerangi sekelian alam ciptaanNya. Yang paling memiliki jiwa serta peribadi yang mulia dan qudus diantara semua utusan-utusanNya yang pernah diutus olehNya. Yang paling dicintai oleh Allah dan yang paling mencintai umatnya sehingga Allah befirman “katakanlah jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku (Nabi Muhammad Saw) maka kamu akan dicintai Allah” (Ali Imran:31). Selawat dan salam ke atas baginda.Sebuah hadis bermaksud seperti berikut “seseorang bersama dengan orang yang ia cintai”. Maka terbayang siapakah dikepala kita yang kita cintai? Isteri? Anak? . Bagaimana dengan ayah dan ibu kita? diri kita? Bukankah Nabi pernah bersabda “tidak sempurna iman seseorang kamu, sebelum ia mencintai aku daripada ibubapanya, anaknya dan manusia umumnya” (Shahih Bukhari:11).

Maka selayaknya kepada siapa cinta kita ini hendak dihalakan? Tidak terfikirkah kita keatas susuk tubuh yang tidak tinggi dan tidak rendah itu terkena najis dibaling oleh kaum kafir kerana kita? Tidak teringatkah kita kepada “susuk wajah umpama rembulan” (As-Syamailul Muhammadiyah:10) yang mana dahinya berdarah kerana dibaling batu kerana kita? Tidak teringatkah kita kepada seseorang yang sentiasa tersenyum dimana giginya telah patah didalam perang kerana kita? Tidak teringkatkah kita ke atas susuk tubuh yang diikat batu sebab kelaparan kerana kita? Tidak teringkatkah kita kepada kurus badannya dan apabila beliau mendapat makanan ternyata ianya diracun oleh yahudi lalu baginda sakit kerana kita? Dan tak teringatkah kita ke atas lebar mulutnya yang mengungkapkan “umatku, umatku” mengenangkan kita ketika beliau sedang menghadapi kematian?
Jadi, adakah selayaknya cinta itu dicurahkan kepada yang lain dari dicurahkan kepada dirinya yang mulia itu? Tidak pernahkah kita terdengar cerita atau terbaca kisah sebuah tunggul yang menangis kerinduan terhadap beliau disaat beliau tidak lagi membaca kutbah diatasnya kerana telah dibina mimbar untuk beliau berdakwah? Sucinya cinta tunggul kayu itu Ya Allah dimana kami tidak dapat menangis pun mengenangkan utusanMu itu walhal beliau sering menangis dan meminta ampun untuk kami Ya Allah.
Seorang sahabat pernah bertanya dimanakah beliau di akhirat kelak? Lalu beliau menyatakan bahawa beliau akan berada di padang masyar untuk member syafaat azmi(syafaat terbesar beliau) iaitu rayuan terhadap Allah agar mempercepat urusan masyar agar kita selamat dari huru hara hari tersebut. Beliau juga akan berada di timbangan (mizan). Jika ada diantara kita yang ringan amalnya beliau akan tambahkan. Syukur Ya Allah. Dan akhir sekali beliau akan berada ditelaganya untuk memberi kita air dengan tangannya yang mulia itu agar hilang dahaga kita akibat hari akhirat. Allahhu Allah.

Ya Allah, kurniakanlah keatas kami kecintaan kepadanya agar dapat kami bersama beliau kelak. Selawat dan salam keatas keatas baginda, junjungan besar kami Muhamad SAW.


0 Komen:
Catat Ulasan