
Adalah disebutkan dalam sejarah bahawa Imam al-Bushiri yakni pengarang kepada burdah ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan akibat dari angin ahmar (stroke). Berbagai usaha dilakukan untuk rawatan namun tiada juga sembuh, malah sakitnya bertambah teruk. Dalam keadaan inilah timbul keinginan dihati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Mata penanya menulis apa yang lahir dari hatinya .... yakni puji-pujian kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Sebaik sahaja selesai menulis qasidah beliau tertidur dan beliau bermimpi melihat صلى الله عليه وآله وسلم dalam tidurnya. Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menyapukan tangannya yang mulia di atas badan Imam al-Bushiri, setelah itu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menyelimuti badan Imam al-Bushiri dengan sehelai selendang (burdah).- Imam Jalaluddin al-Mahalli yang meninggal tahun 864H,
- Imam Zakaria al-Anshari (wafat tahun 926H),
- Imam al-Qasthalani (wafat tahun 923H),
- Syaikh Mulla Ali Qari al-Hanafi (wafat tahun 1014H), dan
- Syaikh Ibrahim al-Bajuri (wafat tahun 1276H).
- Tok Wan Ali Kutan (al-‘Allamah Syaikh Wan ‘Ali bin ‘Abdurrahman bin ‘Abdul Ghafur al-Kalantani – wafat tahun 1913) yang diberi judul Risalah Majma' al-Qashaid wa al-'Awaid yang selesai ditulis pada bulan Zulkaedah 1320 H/ Februari 1903 M.
- Tok Kenali, (wafat tahun 1933) yang diberi judul Risalatud Durril Mantsur Pada Menyatakan Burdah Yang Masyhur, selesai beliau tulis pada bulan Jumadilakhir 1310H/Disember 1892M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah, Jumadilakhir 1310 H.
Makamnya yang terletak di Iskandaria, Mesir, sampai sekarang masih dijadikan tempat ziarah. Makam itu berdampingan dengan makam gurunya, Abu Abbas al-Mursi.Didalam Burdah ini beliau menyatakan:
Tinggalkan pengakuan orang Nasrani atas Nabi mereka
Pujilah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sesukamu dengan sempurna
Sandarkanlah segala kemuliaan untuk dirinya صلى الله عليه وآله وسلم
Dan nisbahkan sesukamu segala keagungan untuk kemuliaannya صلى الله عليه وآله وسلم
Kerana sesungguhnya kemuliaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak ada batasnya
Sehingga tidak akan ada lisan yang mampu mengungkapkan kemuliaan itu.
copy paste dari : http://al-fanshuri.blogspot.com/


0 Komen:
Catat Ulasan